Search This Blog

Tuesday, June 14, 2011

Vietnam, China makin tegang





PENDUDUK Vietnam melancarkan demonstrasi anti-China berikutan isu perebutan wilayah yang semakin memuncak.
PENDUDUK Vietnam melancarkan demonstrasi anti-China berikutan isu perebutan wilayah yang semakin memuncak.


Latihan tentera di Laut China Selatan hangatkan perbalahan rebut wilayah

HANOI: Vietnam semalam memulakan latihan ketenteraan di Laut China Selatan, langkah dilihat penganalisis akan menyemarakkan lagi pertelagahan wilayah dengan Beijing.
Isu pertelingkahan membabitkan kedaulatan wilayah di dua kepulauan kaya minyak berulang semula menyusul konfrontasi terbaru yang menyebabkan hubungan kedua-dua negara berada pada tahap paling tegang.
“Angkatan laut Vietnam memulakan latihan dengan melepaskan tembakan jam 8 pagi waktu tempatan dan berakhir pada jam 12 tengah hari,” kata seorang pegawai angkatan laut di bandar raya Danang yang enggan mendedahkan nama.

Beliau berkata, latihan dijalankan di sekitar pulau Hon Ong, kira-kira 40 kilometer dari wilayah Quang Nam.

Latihan kedua membabitkan tembakan peluru hidup dan berterusan selama enam jam dijangka dimulakan pada jam 6 petang, sebahagian daripada apa yang disifatkan kementerian luar negara itu sebagai ‘latihan tahunan biasa’.

“Saya tidak dapat mendedahkan jumlah kapal Vietnam yang menyertai latihan ini, tetapi kami melepaskan tembakan senjata api dan bukan peluru berpandu,” kata pegawai itu lagi.
Seorang penganalisis Vietnam, di Institut Kajian Asia Tenggara di Singapura, David Koh, berkata latihan dijalankan Hanoi meningkatkan lagi ketegangan di Laut China Selatan.

“Bagaimanapun, saya tidak fikir ada banyak pilihan sekarang,” kata Koh yang meramal ‘konfrontasi di laut’ berlaku berikutan latihan itu.
Vietnam mendakwa latihan dilakukan di dalam lingkungan 200 batu nautika zon ekonomi negara itu.

Ketegangan juga berlaku di antara China dan Filipina, sebuah lagi negara yang menuntut kepulauan Spratly, di mana Malaysia, Brunei dan Taiwan juga mendakwa mempunyai hak. – AFP Berita Harian Online | Vietnam, China makin tegang

No comments:

Post a Comment