Search This Blog

Tuesday, June 21, 2011

Stor permaidani hangus

KUALA LUMPUR: Sebuah stor menyimpan permaidani hangus dalam kebakaran di Taman Perindustrian OUG, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, premis dua tingkat berkenaan baru saja menamatkan operasi.


Seorang penyelia stor berkenaan yang mahu dikenali sebagai Phang, 60, berkata, kejadian itu kemungkinan berpunca dari tingkat atas sebelum api marak ke seluruh bangunan.

“Kami baru saja tamat kerja jam 5.30 petang tadi (semalam). Semua pekerja sudah pulang. Saya hanya dimaklumkan orang ramai mengenai kebakaran.


“Selepas dimaklumkan, saya bergegas datang dan terkejut sebaik melihat api marak,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.


Menurutnya, orang ramai yang melihat kejadian itu menghubungi bomba yang tiba dengan tiga jentera.

myMetro | Stor permaidani hangus

No comments:

Post a Comment