Search This Blog

Tuesday, June 21, 2011

Ratu California raih Miss USA


ALYSSA Campanella dinobat Miss USA di Las Vegas, Nevada, kelmarin.
ALYSSA Campanella dinobat Miss USA di Las Vegas, Nevada, kelmarin.
Campanella wakili AS ke Miss Universe

LAS VEGAS: Gadis berusia 21 tahun yang mewakili California dinobat ‘Miss USA’ di Las Vegas, kelmarin.

Alyssa Campanella dari New Jersey, negeri yang diwakilinya ketika bertanding ‘Miss Teen’ pada 2007, adalah pilihan utama untuk menang.
Ratu Tennessee mendapat tempat kedua diikuti wakil Alabama di tempat ketiga dan peserta Texas keempat.
Campanella akan mewakili Amerika Syarikat di pertandingan ratu cantik, ‘Miss Universe’ yang akan diadakan di Sao Paulo, Brazil, pada 12 September depan.
Campanella dimahkotakan penyandang, Rima Fakih, gadis kelahiran Muslim Lubnan yang menjadi peserta Arab Amerika pertama meraih gelaran itu.

Semasa pertandingan, Campanella mendedahkan beliau adalah peminat sejarah terutama mengenai zaman Tudor dan Stuart serta keluarga diraja yang paling digemarinya ialah Ratu Scotland, Mary yang dihukum pancung pada 1587.

Campanella dipilih memenangi pertandingan itu walaupun memberikan jawapan tidak jelas apabila disoal hakim sama ada marijuana perlu dibenarkan di California.
Beliau menjawab, marijuana penting untuk perubatan tetapi tidak pasti langkah membenarkannya dapat membantu memerangi dadah.
Peserta dari Tennessee yang juga pelajar kewartawanan, Ashley Elizabeth Durham, 21, bersetuju pembakaran bendera Amerika tidak perlu dilindungi akta kebebasan bersuara sebaliknya membakar buku agama tidak wajar sama sekali.

Peserta Alabama, Madeleine Mitchell, 22, berkata pembuli internet yang mengejek sasaran mereka untuk bunuh diri perlu didakwa.

Peserta Texas, Ana Rodriguez, 25, menerima tepukan gemuruh apabila berkata: “Isteri tokoh politik yang suami mereka terbabit skandal seks perlu cari lelaki yang mencintai anda.” – Reuters
Berita Harian Online | Ratu California raih Miss USA

No comments:

Post a Comment