Search This Blog

Tuesday, June 21, 2011

Lebih 500,000 jadi mangsa banjir gara-gara teratai

MANILA: Lebih setengah juta penduduk selatan Filipina terjejas akibat banjir selepas pokok teratai menyekat aliran air sungai kedua terpanjang di negara itu, kata pegawai kerajaan semalam.

Pokok teratai dilaporkan memenuhi sebahagian daripada 320 kilometer Sungai Rio Grande, menyebabkan air yang memenuhinya akibat hujan lebat minggu lalu gagal mengalir ke Teluk Moro di barat daya Pulau Mindanao.


Ketua Jabatan Kebajikan Sosial Mindanao, Pombaen Kader, berkata 23 kawasan kini dinaiki air dan menjejaskan 559,067 orang.

Di sesetengah tempat, kata Pombaen, air menenggelami bumbung rumah.


“Paras air mula naik beberapa hari lalu kerana hujan lebat dan melimpah ke tebing apabila alirannya tidak mampu melepasi pokok teratai yang tebal,” katanya. - AFP

myMetro | Lebih 500,000 jadi mangsa banjir gara-gara teratai

No comments:

Post a Comment