Search This Blog

Tuesday, June 21, 2011

KEBAKARAN besar berlaku di salah sebuah Kilang di Taman Perindustrian O.U.G

KEBAKARAN besar berlaku di salah sebuah Kilang di Taman Perindustrian O.U.G. Foto: Hazreen Mohamad (20/06/2011)
KEBAKARAN besar berlaku di salah sebuah Kilang di Taman Perindustrian O.U.G. Foto: Hazreen Mohamad (20/06/2011)
myMetro
Tauke karpet rugi lebih RM1j 

KUALA LUMPUR – Sebuah stor menyimpan karpet musnah dalam kebakaran di premis dua tingkat di Taman Perindustrian OUG, Jalan Klang Lama di sini, semalam membabitkan kerugian lebih RM1 juta.

:Pasukan bomba dan penyelamat menerima panggilan kira-kira jam 6.12 petang sebelum lapan jentera daripada lima balai antaranya Hang Tuah, Bukit Jalil, Taman Desa, Sungai Besi dan Pantai tiba di lokasi kejadian pada jam 6.21 petang dengan kekuatan seramai 44 anggota.

Ketua Balai Bomba Hang Tuah, Penguasa Mohd Marzuki Shaffie berkata, pihaknya dapat mengawal kebakaran di premis yang terletak di hujung deretan bangunan itu daripada merebak pada jam 7.44 malam.

Menurutnya, pada mulanya bomba mengalami masalah tekanan air, tetapi ia dapat ditangani dengan bantuan daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

“Kita (bomba) mengambil masa untuk memadamkan kebakaran kerana keadaan karpet tersebut diletakkan dalam keadaan rapat menyebabkan ianya padat dan api mudah merebak dengan cepat.

“Bagaimanapun, tindakan pantas bomba dapat mengawal api daripada merebak ke premis bersebelahan. Ia juga tidak melibatkan kemalangan jiwa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Menurutnya, unit forensik sedang menyiasat bagi mengenal pasti punca kejadian dan anggaran kerugian sebenar yang dialami masih disiasat.

Sementara itu, seorang saksi yang enggan dikenali berkata, kesemua 10 pekerja premis itu pulang kira-kira jam 5.30 petang sebelum dia terdengar beberapa bunyi letupan dan terlihat api daripada stor berkenaan.

Katanya, bagaimanapun, api marak dengan cepat sebelum dia memaklumkan kepada pekerja premis berkenaan.-sh

No comments:

Post a Comment