Search This Blog

Tuesday, June 21, 2011

Ibu hilang selepas mengadu disamun

KAJANG: Seorang wanita berusia 54 tahun bukan saja disamun, malah dilaporkan hilang sejak 14 hari lalu, dipercayai diculik selepas tidak pulang ke rumahnya di Taman Bukit Ria, Kajang.

Difahamkan, sebelum hilang, mangsa mengadu kepada seorang jiran mengatakan dia disamun seorang lelaki ketika dalam perjalanan ke kedai runcit berdekatan rumahnya.


Mangsa, P Majeswari kali terakhir ditemui kira-kira jam 10 pagi pada 8 Jun lalu oleh jirannya, apabila mengadu disamun menyebabkannya tidak mempunyai wang membeli barangan keperluan di kedai runcit berkenaan.

Anak bongsu mangsa, N Jayanthy, 24, ketika ditemui berkata, pada hari kejadian, ibunya tinggal sendirian di rumah kerana dia dan bapanya keluar bekerja.


Katanya, sebaik pulang kira-kira jam 5 petang, dia mendapati keadaan rumah berkunci manakala ibunya tiada.


“Pada mulanya saya menyangka ibu keluar ke rumah jiran, namun hingga lewat malam tidak muncul sehingga hari ini (semalam).

“Kami sekeluarga bimbang keselamatan ibu dan bertanya kepada jiran yang memaklumkan menemui ibu kali terakhir selepas disamun seorang lelaki yang menyebabkan dia kehilangan wang,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Kajang, 8 Jun lalu.

Jayanty juga pelik terhadap kehilangan ibunya kerana mereka tidak mempunyai sebarang perselisihan faham, selain ibunya bebas daripada masalah mental dan bimbang ibunya menjadi mangsa culik pihak tidak bertanggungjawab. “Saya minta orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat ibu supaya menghubungi saya di talian 016-2054987 atau bapa, Nalayah di talian 016-9179910.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab, mengesahkan menerima laporan polis berhubung kehilangan wanita berkenaan.


“Kami sudah menjalankan gerakan mengesan mangsa,” katanya yang enggan mengulas sama ada kes itu mempunyai unsur jenayah atau tidak.

myMetro | Ibu hilang selepas mengadu disamun

No comments:

Post a Comment