Search This Blog

Tuesday, June 21, 2011

‘Apa lagi nak siasat?’

KUALA LUMPUR: “Saya hairan mengapa keputusan kes sama ada saya melakukan khalwat atau tidak sekali lagi ditangguhkan. Keadaan ini seolah-olah menganiaya dan mahu ‘memerangkap’ saya,” kata bekas pemain badminton negara, Roslin Hashim.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di luar pejabat Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini, semalam, selepas dimaklumkan pegawai Jawi mengenai perundingan kes khalwat dia dengan penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman sekali lagi ditangguhkan sehingga 20 Julai depan.

Roslin hadir pada jam 8 pagi di pejabat Jawi sebelum keluar dari situ kira-kira tiga jam kemudian manakala Raja Azmi dan peguamnya, Roslizam Rahim tidak hadir kerana tidak sihat.

“Saya tidak puas hati apabila pegawai Jawi memberitahu mereka masih belum menemui apa-apa keputusan kerana kes itu masih dalam siasatan.

“Tapi hati saya terdetik apa lagi yang mahu disiasat sedangkan tiada penangkapan khalwat dibuat ketika itu,” katanya.


Menurut Roslin, dia juga terpaksa membatalkan penyertaannya pada Kejohanan Badminton Terbuka di Indonesia kerana ia jatuh pada tarikh dia dikehendaki hadir di pejabat Jawi, semalam.

myMetro | ‘Apa lagi nak siasat?’

No comments:

Post a Comment