Search This Blog

Tuesday, May 17, 2011

Warga emas ditemui mati




KOTA BHARU - Seorang warga emas ditemui mati di pesisir Pantai Sabak dipercayai terkena serangan jantung, dekat sini, pagi semalam.

Mangsa Yaacob Mahmood berusia, 58, dikatakan mengalami masalah kesihatan itu keluar dari rumahnya kira-kira jam 3 pagi kelmarin dan tidak pulang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar berkata, selepas keluar dari rumah mangsa dipercayai tidak mengingati jalan pulang dan melalui laluan yang berbeza daripada hari biasa.

Menurutnya, selepas 20 minit tidak pulang isteri mangsa dan anaknya mencari bapa kepada 12 anak itu tetapi gagal dikesan.

Katanya, kira-kira jam 7.15 pagi semalam salah seorang anaknya menemui mayat mangsa berada di pesisir pantai.

“Selepas menerima maklumat daripada penduduk polis segera ke lokasi penemuan mangsa dan mendapati tiada kesan kecederaan pada badannya.

“Mayat dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sementara itu, seorang penduduk, Ismail Ibrahim, 70, ketika ditemui berkata, mangsa adalah seorang yang peramah dan sering ke masjid.

“Arwah adalah seorang yang baik hati dan saya terkejut selepas dimaklumkan penduduk kampung Yaakob ditemui mati di tepi pantai,” katanya semalam.

Dalam pada itu, keluarga mangsa enggan ditemu bual kerana masih bersedih dengan kematian ayah mereka.
SH

No comments:

Post a Comment