Search This Blog

Monday, May 9, 2011

Tiga tentera terbunuh langgar lori



KERETA terperosok bawah
treler membawa minyak di Jalan
Mambau - Port Dickson semalam
tadi menyebabkan tiga anggota
tentera maut sementara seorang
wanita parah.
KERETA terperosok bawah treler membawa minyak di Jalan Mambau - Port Dickson semalam tadi menyebabkan tiga anggota tentera maut sementara seorang wanita parah.

Hilang kawalan ketika memotong

SEREMBAN: Tiga anggota tentera dari Institut Kejuruteraan Elektrik Tentera Darat (IJED) Port Dickson, maut apabila kereta mereka bertembung sebuah lori tangki di Batu 7 Jalan Seremban-Port Dickson, dekat sini semalam.
Dalam kejadian jam 3.45 pagi itu, Zulhelmi Ismail, 24, dari Gurun, Kedah; Izzat Badry Badaruddin, 22, dari Klang, Selangor dan Muhammad Afdhaluddin Azhari, 22, dari Pulau Pinang yang dalam perjalanan dari sini ke Port Dickson maut di tempat kejadian.
Seorang rakan wanita mereka, Nik Nor Hashimah Abu Kassim, 19, dari Sungai Buloh, Selangor yang juga pelajar Politeknik Port Dickson, parah dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS).

Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku apabila Proton Wira dipandu Zulhelmi dipercayai cuba memotong kenderaan, namun tidak berjaya lalu bertembung lori tangki yang datang dari arah bertentangan.

“Kereta itu dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan hingga melanggar sebuah lori tangki menyebabkan tiga anggota tentera parah di kepala dan badan maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi penumpang parah,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu, di sini, semalam.

Semua mangsa yang meninggal dunia dihantar ke HTJS untuk bedah siasat.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Jurucakap bilik gerakan bomba pula berkata, lima anggota dari Balai Bomba Seremban 2 tiba di tempat kejadian kira-kira jam 4 pagi dan berjaya mengeluarkan mayat yang tersepit kira-kira 17 minit kemudian berikutan keadaan kereta yang remuk di bahagian depan. bharian

No comments:

Post a Comment