Search This Blog

Tuesday, May 17, 2011

Serangan peluru berpandu AS di Pakistan ragut 9 nyawa


MIRANSHAH (Pakistan): Sembilan warga Pakistan maut selepas dua pesawat tanpa pemandu Amerika Syarikat (AS) menyerang perkarangan yang didakwa didiami militan dan sebuah kenderaan di daerah Utara Waziristan, Isnin (waktu tempatan). 


Kedua-dua serangan terbabit berlaku di bandar Mir Ali, kira-kira 40 kilometer timur Miranshah yang menjadi kubu kuat Taliban dan Al-Qaeda.
Selain itu, serangan turut membabitkan bandar utama Utara Waziristan di sepanjang sempadan Afghanistan.
Pihak berkuasa AS, berkata pesawat terbabit melepaskan dua peluru berpandu di perkarangan militan berkenaan, disusuli serangan dua peluru berpandu dengan menggunakan pesawat lain ke arah kenderaan berdekatan. - AFP 

No comments:

Post a Comment