Search This Blog

Tuesday, May 17, 2011

Seludup RM2.41j syabu dalam ubi



NORDIN menunjukkan sebahagian daripada ubi kayu berisi syabu yang cuba diseludup oleh dua lelaki Nigeria pada sidang akhbar di pejabatnya di Shah Alam, Selangor semalam.


SHAH ALAM – Pelbagai cara digunakan oleh sindiket untuk menyeludup dadah ke negara ini.
Terbaharu, satu lagi taktik digunakan sindiket dadah antarabangsa dengan menyorok dadah jenis syabu seberat 9.64 kilogram ke dalam ubi kayu dan keledek berjaya ditumpaskan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang di sini baru-baru ini.
Taktik licik itu dikesan selepas polis menahan dua lelaki warga Nigeria berusia 31 dan 32 tahun secara berasingan pada Sabtu lalu dan semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, tangkapan pertama yang dibuat pada pukul 3.45 petang di balai ketibaan KLIA itu melibatkan seorang lelaki yang baru tiba dari Lagos, Nigeria.
“Ketika ditahan, suspek yang memasuki negara ini sebagai pelancong itu memegang satu beg guni plastik mengandungi enam ketul ubi kayu bersaiz ‘gergasi'.
“Ketika soal siasat, suspek mendakwa barang itu dikirim untuk rakannya di sini dan pemeriksaan lanjut kita menemui enam bungkusan syabu yang disumbat di dalam ubi kayu tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Kosmo! Online - Negara

No comments:

Post a Comment