Search This Blog

Tuesday, May 17, 2011

Remaja lelaki maut




KARAK – Niat sekumpulan remaja menghabiskan cuti hujung minggu di Air Terjun Sungai Dua Olak dekat sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman berkata, mangsa, K Anbalagan, 18, yang beralamat di Ladang Sungai Kawang, Lanchang dimaklumkan rakannya lemas pada jam 4 petang.

Menurutnya, rakannya cuba menyelamatkan mangsa namun gagal tetapi menemui Anbalagan 30 minit kemudian dalam keadaan tidak bernyawa.

“Anbalagan dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat dan didapati punca kematian adalah disebabkan mati lemas. Mayat mangsa kemudiannya dituntut keluarganya untuk disemadikan di kampung halaman,” katanya.

Rosli berkata, pengunjung yang ingin beriadah di pusat rekreasi dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan tidak terlalu seronok tanpa menghiraukan keselamatan diri.

Menurutnya, sebelum mengunjungi sesebuah pusat rekreasi, pengunjung perlu mengetahui keadaan persekitaran tempat dikunjungi dan mengambil tahu mengenai kejadian yang pernah berlaku sebelum ini sebagai peringatan.

“Sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini, pengunjung perlu melaporkan segera kepada balai polis berhampiran supaya pihak berkenaan dapat menghantar bantuan segera” katanya.
SH

No comments:

Post a Comment