Search This Blog

Tuesday, May 17, 2011

Pengusaha batu nisan rugi RM100,000



MD. KHADILI melihat keadaan dua buah van miliknya yang hangus dipercayai akibat dibakar di Batu 5, Kuantan semalam.


KUANTAN - Seorang pengusaha batu nisan kerugian kira-kira RM100,000 selepas tiga buah van miliknya hangus dipercayai dibakar pagi semalam.
Menurut mangsa, Jalilah Ibrahim, 45, ketika kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, ada saksi memberitahu ternampak dua lelaki bermotosikal datang ke bengkel miliknya di Batu 5 di sini.
Menurutnya, mereka kemudian telah membakar ketiga-tiga van yang diletakkan di bengkel tersebut.
"Ketika kejadian saya berada di rumah yang terletak kira-kira 200 meter dari bengkel. Saya menerima panggilan daripada anak saya yang memberitahu dua van jenis Nissan Vanette dan sebuah Toyota Hiace terbakar.
"Apabila sampai di bengkel, saya lihat bomba sedang memadam kebakaran dan letupan juga berlaku beberapa kali," katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.
Kosmo! Online - Negara

No comments:

Post a Comment