Search This Blog

Tuesday, May 31, 2011

Pelajar maut motosikal dirempuh kereta



SEREMBAN 30 Mei – Seorang pelajar sebuah kolej maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Haruan 6, Taman Okland, di sini semalam.
Dalam kemalangan pukul 7 petang itu, mangsa, Mohd. Banyamin Awang Nik, 19, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas cedera parah di kepala dan anggota badan.
Jurucakap polis memberitahu, mangsa yang berasal dari Kemaman, Terengganu, dikatakan dalam perjalanan dari arah Bukit Chedang menuju ke Seremban 2.
Katanya, kemalangan dipercayai berpunca akibat daripada perbuatan mangsa mencelah antara beberapa buah kenderaan menyebabkannya terlanggar sebuah kereta dan terbabas.
“Motosikal Yamaha 125Z yang ditunggangnya lalu terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta Proton Persona.
“Ia menyebabkan mangsa tercampak sejauh beberapa meter sebelum dilanggar pula sebuah teksi dari arah belakang,” katanya di sini hari ini.
Utusan Malaysia Online - Jenayah

No comments:

Post a Comment