Search This Blog

Monday, May 9, 2011

Panjat bumbung sekolah curi kabel



ANGGOTA polis membawa suspek yang ditahan selepas mencuri kabel di Sekolah Menengah Wangsa Maju, Seksyen 5 semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang penjenayah tegar yang mempunyai 17 rekod jenayah dan berstatus duda anak tiga ditahan selepas dia disyaki mencuri kabel penebat petir bernilai hampir RM150 di Sekolah Menengah Wangsa Maju, Seksyen 5 di sini semalam.
Ketika hendak ditahan pada pukul 7 pagi itu, suspek berusia 46 tahun itu telah bergelut dengan anggota polis ketika cuba melarikan diri menyebabkan dia mengalami cedera ringan.
Menurut Ketua Balai Polis Wangsa Maju, Cif Inspektor Mispani Hamdan, satu jam sebelum kejadian, anggota polis yang meronda telah nampak sebuah motosikal jenis Honda EX5 diletakkan di pekarangan sekolah tetapi tidak mengesyaki apa-apa kerana keadaan masih gelap.
“Anggota itu bagaimanapun telah berpatah semula selepas merasa curiga lalu membuat pemeriksaan di dalam kawasan sekolah. Dia kemudian ternampak suspek sedang berlari di atas bumbung.
“Suspek yang diarahkan berhenti kemudian telah turun ke tingkat satu bangunan dan berpura-pura hendak menyerah diri tetapi dia cuba lari ketika hendak ditahan lalu berlaku pergelutan hingga dia mengalami cedera ringan,” katanya di sini semalam.
kosmo

No comments:

Post a Comment