Search This Blog

Monday, May 9, 2011

Misteri bot ditemui dengan kesan darah


SABAK BERNAM — Lima nelayan termasuk tiga rakyat Indonesia yang turun ke laut di perairan Sungai Besar di sini sejak Rabu lepas, dikhuatiri hilang selepas bot laut dalam yang mereka naiki ditemui di Jeti Kampung Bagan Sungai Besar di sini semalam.

Lebih menjadi misteri, terdapat beberapa kesan darah di bahagian dalam bot itu yang dijumpai oleh pemiliknya pada pukul 7 pagi.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supt. Noor Mushar Mohamad berkata, mereka yang dilapor hilang ialah tekong bot, Chia Yeow Chian, 41, dan nelayan, Ismail Rejab, 41, kedua-duanya dari Kampung Bagan Sungai Besar di sini.
Identiti tiga nelayan rakyat Indonesia yang berumur dalam lingkungan 30 dan 35 tahun belum dikenalpasti, katanya.
Noor Mushar berkata, kesemua nelayan berkenaan dikatakan turun ke laut untuk menangkap ikan pada pukul 7 pagi, Rabu lepas.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, pihaknya tidak menolak kemungkinan berlaku pergaduhan di atas bot ketika di tengah laut tetapi siapa penyerang dan mangsa belum diketahui. — Bernama

No comments:

Post a Comment