Search This Blog

Monday, May 9, 2011

Letupan kuat di kondominium, lelaki British cedera


KUALA LUMPUR: Satu letupan kuat dipercayai berpunca 

daripada letupan gas berlaku di tingkat 17, sebuah kondominium di Jalan Yap 
Kwan Seng di sini malam ini.
Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 7.45 malam menyebabkan rumah di tingkat itu terbakar selain kaca tingkap bertaburan di atas jalan raya dan difahamkan seorang lelaki cedera dalam
kejadian ini. 
Mangsa, Paul Levell, seorang warga British berumur 61 tahun, mengalami 
kebakaran 60 peratus di badannya dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Prince Court. 
Kejadian itu turut menyebabkan berlaku gegaran kuat di sekitar ibu kota. 

No comments:

Post a Comment