Search This Blog

Tuesday, May 10, 2011

Lelaki maut BMW terjun sungai




ORANG ramai melihat operasi menaikkan sebuah kereta BMW yang terjunam ke dalam Sungai Bunus di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu rakannya hilang kawalan lalu terjunam ke dasar Sungai Bunus di Jalan Munshi Abdullah di sini semalam.
Kejadian pukul 3.10 pagi itu menyebabkan D. Parameswaran, 31, dari Taman Sri Andalas, Klang, Selangor mati di tempat kejadian. Polis masih menunggu laporan bedah siasat dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mengetahui sama ada mangsa mati akibat kemalangan atau lemas.
Difahamkan, kereta jenis BMW 523i yang dipandu rakan mangsa gagal dikawal ketika melalui satu jambatan berselekoh sebelum melanggar penghadang besi sebelah kiri lalu terjunam ke dalam sungai. Seorang wanita yang turut berada di dalam kereta itu juga cedera.
Mangsa ketika itu berada di tempat duduk penumpang depan manakala wanita itu berada di belakang. Mereka dari arah Jalan Ampang ke Jalan Dang Wangi.

No comments:

Post a Comment