Search This Blog

Monday, May 9, 2011

Laman web bekal pasangan gay



GOLONGAN gay kini mudah mencari pasangan masing-masing menerusi Internet. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Kegiatan seks songsang melibatkan golongan gay di Malaysia kini semakin berleluasa berikutan wujudnya sebuah laman sesawang yang dijadikan medium oleh golongan itu untuk mencari pasangan masing-masing.
Laman sesawang yang beroperasi di Amsterdam, Belanda itu turut menawarkan pelbagai kemudahan termasuk muat turun video lucah, majalah dan khidmat teman sosial.
Lebih mengejutkan, laman sesawang yang dilayari oleh kira-kira 65,000 pengunjung sehari itu turut menyenaraikan kelab-kelab khusus untuk golongan gay dari luar negara yang ingin berkunjung ke Malaysia.
Ia turut menyediakan khidmat tukang urut tempatan, lengkap dengan alamat dan nombor telefon.
Golongan terbabit yang mendaftar menerusi laman sesawang itu secara percuma boleh memuat turun aksi mengghairahkan dan berinteraksi dengan ahli secara langsung.
Wartawan Kosmo! mendapati ramai golongan gay dari Malaysia menjadi ahli dalam laman sesawang tersebut menerusi lebih 30 pelawaan yang dihantar melalui laman berkenaan.
kosmo

1 comment:

  1. TU LA KORANG KERAS KEPALA LAGI.AKU DAH CAKAP NEGARA NI UNDANG2 ISLAM TAK ADA,DAH JADI CAM NI ASEK KATA SALAH DIRI SENDIRI. SEBENARNYA PEMIMPIN DI PERSALAHKAN KERANA ANGAPKAN INI REMEH TEMEH.. LAST2 JADI BESAR. NAK BENDUNG PUN DAH SUSAH. ABIS LA KO PEMIMPIN SOK KO MATI KO JAWAP LA KAT SANA,

    ReplyDelete