Search This Blog

Tuesday, May 10, 2011

‘Kalau nak nikah ikut cara adat melayu kita


HILANG...Nur Illyana yang hilang sejak  Februari lalu dipercayai dilarikan teman lelakinya (gambar kecil).
HILANG...Nur Illyana yang hilang sejak Februari lalu dipercayai dilarikan teman lelakinya (gambar kecil).

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga, Rahman Abdul Razak, 46, merayu anaknya, Nur Illyana, 23, dikembalikan selepas didakwa dilarikan teman lelakinya sejak Februari lalu.
“Semuanya boleh dibawa berbincang. Jangan lakukan anak saya sedemikian, jika betul mahu menikahi Nur Illyana ikutlah cara adat Melayu kita.

“Malah, saya juga berharap keluarga lelaki terbabit sedar dan insaf dengan tindakan mahu mengahwinkan Nur Illyana di Siam (Thailand) dan dapat menghubungi saya jika tahu di mana kedudukan mereka,” katanya dihubungi, semalam.

Sebelum ini, akhbar melaporkan kehilangan pelajar tahun akhir Universiti Teknologi Mara (UiTM), Nur Illyana dipercayai dilarikan teman lelakinya berusia 26 tahun yang berasal dari Pengkalan Kubor, Kelantan selepas Rahman menghantarnya ke kelas pada 28 Februari lalu.

Menurut Rahman, selepas akhbar ini menyiarkan kisah anaknya Sabtu lalu, ramai yang bersimpati dan berharap teman lelakinya sedar dan menghantar pulang anaknya.

“Abah tidak putus asa berdoa Along (panggilan Nur Illyana) segera pulang. Ibu dan adik-adik amat rindukan Along.


“Saya tidak tahu di mana lelaki itu menyembunyikan Nur Illyana. Kami sekeluarga cukup bimbang keselamatannya kerana semua rakan-rakannya juga tidak mengetahui kedudukannya,” katanya.

Rahman berkata, nalurinya kuat menyatakan perasaan dan hati Nur Illyana ketika ini meronta mahu pulang, tetapi dihalang lelaki terbabit yang banyak mengawal tingkah laku Nur Illyana melalui pelbagai ugutan.
Menurut Rahman, dia mendakwa Nur Illyana mungkin menjadi mangsa ubat guna-guna lelaki itu kerana anak sulungnya itu berubah dan berani meninggikan suara selepas mengenali suspek.

Rahman berharap orang ramai yang melihat Nur Illyana menghubunginya talian 014-2692912/012-6191701 atau isterinya, Kartini Ismail, 43 (013-3147538) atau balai polis berdekatan.

No comments:

Post a Comment