Search This Blog

Monday, May 9, 2011

Jumpa bot tanpa lima nelayan



Tilam mempunyai kesan darah ditemui oleh pasukan penyelamat terapung di perairan Sungai Besar, Sabak Bernam.


SABAK BERNAM – Penemuan bot laut dalam tanpa tekong dan empat nelayannya di Jeti Kampung Bagan Sungai Besar di sini kelmarin menimbulkan misteri ke mana menghilangnya kelima-lima nelayan itu.
Bot nelayan yang kosong itu ditemui pada pukul 7 pagi di jeti oleh pemiliknya Chia Yeow Soon.
Namun, ketika bot tersebut ditemui, seorang tekong dan empat nelayan yang turun ke laut di perairan Sungai Besar di sini sejak Rabu lalu tiada di dalam bot tersebut.
Amat mencurigakan apabila bot yang kosong tersebut mempunyai beberapa kesan darah.
Gerakan mencari kelima-lima nelayan itu kelmarin menemui beberapa buah tilam dan bantal yang juga mempunyai kesan darah terapung di laut.
Mereka yang hilang ialah tekong bot, Chia Yeow Chian, 41, dan empat nelayan, Ismail Rejab, 41, dan tiga warga Indonesia yang belum dikenal pasti.
kosmo

No comments:

Post a Comment