Search This Blog

Tuesday, May 31, 2011

Ibu, anak ditahan halang tugas polis



JOHOR BAHRU 30 Mei - Tindakan seorang ibu memaki hamun dan menampar muka dua anggota polis yang menahan anak perempuannya untuk tujuan pemeriksaan lesen memandu mengundang padah apabila kedua-duanya ditahan kerana menghalang tugas penjawat awam.
Sebelum itu, remaja berusia 19 tahun tersebut yang memandu kereta Proton Iswara dilihat bersama empat lagi rakannya dalam keadaan mencurigakan di kawasan Pontian Besar, kira-kira pukul 10 malam.
Ketua Polis Daerah Pontian, Supritendan Zahaliman Jamin berkata, tiga anggota yang sedang meronda meminta remaja berkenaan menghentikan kereta tetapi sebaliknya dia memecut ke arah Benut.
"Meskipun anggota itu berjaya mengejarnya tetapi remaja berkenaan enggan memberi kerjasama dan keluar dari kenderaan selain tidak mahu menunjukkan lesen memandunya walaupun diminta beberapa kali.
"Beberapa minit kemudian, anggota keluarga kesemua yang berada di dalam kenderaan itu tiba di tempat kejadian termasuk ibu remaja tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Zahaliman berkata, ibu dan remaja berkenaan kemudian memaki hamun anggota polis tersebut sebelum wanita itu menampar muka dua anggota berkenaan.
Berikutan tindakan tersebut, katanya, anggota itu menahan ibu dan remaja berkenaan kerana menghalang tugas polis manakala empat lagi rakan remaja berkenaan dibebaskan.
Utusan Malaysia Online - Jenayah

No comments:

Post a Comment