Search This Blog

Monday, May 9, 2011

Dua beradik disyaki curi motosikal ditahan


KOTA BHARU — Polis Daerah Kota Bharu menahan dua pelajar adik-beradik kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supt. Idris Abd. Rafar berkata, kedua-dua beradik itu ditahan di rumah mereka di Kampung Batu 6, Pengkalan Chepa, dekat sini, dua hari lepas.
Idris berkata, dengan tertangkapnya dua pelajar berumur 17 dan 18 tahun itu, polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 14 kes melibatkan kecurian motosikal di negeri itu melibatkan kerugian RM60,000.
"Kegiatan kumpulan curi itu menggunakan modus operandi dengan meleraikan motosikal yang dicuri untuk dijual komponennya kepada orang ramai,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.
Idris berkata, berikutan tertangkapnya dua suspek itu polis menjumpai pelbagai komponen motosikal jenis Honda EX5 dan Yamaha RXZ yang telah dileraikan. — Bernama

No comments:

Post a Comment