Search This Blog

Monday, May 9, 2011

Ditahan kerana curi penebat petir sekolah

KUALA LUMPUR — Polis menahan seorang lelaki yang mempunyai 17 rekod jenayah lampau kerana disyaki mencuri kabel penebat petir bernilai hampir RM150 di Sekolah Menengah Wangsa Maju, di sini, hari ini.

Ketua Balai Polis Wangsa Maju, Cif Inspektor Mispani Hamdan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, suspek cuba melarikan diri dengan memanjat bumbung sekolah itu selepas ternampak kelibat anggota polis peronda yang sedang meronda di kawasan sekolah berkenaan.
"Curiga dengan keadaan itu, anggota berkenaan kemudian datang semula sejam kemudian bagi memeriksa kawasan sekolah sebelum melihat seorang lelaki berlari di atas bumbung sekolah,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Beliau berkata anggota polis kemudian mengejar dan mengepung suspek sebelum mengarahkan suspek supaya turun.
"Suspek kemudian berlari turun ke tingkat satu dan bergelut dengan seorang anggota dan dalam cubaan meloloskan diri...suspek cedera ringan,” katanya.
Mispani berkata, lelaki itu bagaimanapun berjaya ditahan dan setelah disoal siasat, polis menemui 5 kilogram kabel penebat petir yang dipercayai dicuri dari sekolah berkenaan. — Bernama

No comments:

Post a Comment