Search This Blog

Monday, May 9, 2011

Dadah: Broker kereta duhukum gantung


ALOR SETAR — Seorang broker kereta dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah kerana mengedar dadah dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abd. Wahab menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Airiy Azmi Mohamad, 31, selepas didapati bersalah kerana mengedar dadah jenis ganja seberat hampir 60 kg.
Tertuduh yang berasal dari Kelantan didakwa melakukan kesalahan itu di Lorong 2, Unit Pemeriksaan dan Kemudahan Penumpang, Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam pada 17 April 2009 pukul 12.30 tengah hari.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. — Bernama

No comments:

Post a Comment