Search This Blog

Monday, May 9, 2011

Curi motosikal simpan di rumah



IDRIS menunjukkan sebahagian komponen motosikal yang dirampas daripada dua beradik pada sidang akhbar di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Tindakan dua beradik menjadikan rumah yang didiami sebagai lokasi menyimpan 14 buah motosikal curi bernilai RM60,000 terbongkar apabila kedua-duanya ditahan Jumaat lalu.
Pelajar sebuah sekolah menengah di sini berusia 15 dan 18 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Batu 6, Pengkalan Chepa dekat sini selepas polis menjalankan siasatan sebaik menerima banyak laporan mengenai kehilangan motosikal di kawasan tersebut.
Mereka telah bergiat sejak empat bulan lalu dan menyimpan kesemua motosikal yang telah dileraikan komponennya itu di dalam sebuah bilik dan stor di rumah tersebut.
Difahamkan, perbuatan jahat dua beradik itu tidak diketahui oleh ibu bapa mereka.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Supritendan Idris Abd. Rafar memberitahu, dalam serbuan itu, pihaknya menemui pelbagai jenis sepana dan komponen motosikal seperti enjin, rim sport, penyerap hentak, fork serta set pelindung motosikal di dalam sebuah bilik di rumah tersebut.

No comments:

Post a Comment