Search This Blog

Tuesday, May 17, 2011

Cabul gadis bawah umur: Lelaki dijel setahun




KOTA BHARU – Seorang pembuat batu blok dijatuhi hukuman penjara selama setahun selepas didapati bersalah mencabul seorang gadis bawah umur dalam kejadian di Kadok, Ketereh, 12 Mei lalu.

Hukuman terhadap lelaki berusia 33 tahun itu diputuskan Majistret Noorhaslinda Che Seman selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan selesai dibacakan terhadapnya, semalam.

Sabri Zainudin bersalah menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan gadis berusia 14 tahun itu di sebuah rumah di Kampung Dusun Masai Kadok, Ketereh, tarikh berkenaan.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, Sabri meluru masuk ke ruang tamu rumah lalu memeluk dan mencium mulutnya mengakibatkan pengadu terkejut serta cuba lepaskan diri dengan menjerit sehingga bibirnya luka terkena gigi tertuduh.

Situasi luar jangkaan itu disaksikan ibu saudara mangsa bersama sepupunya yang bertindak membantu dengan menarik tertuduh keluar dari rumah berkenaan.

Semasa prosiding petang semalam, Majistret mengarahkan hukuman penjara terhadap tertuduh berkuat kuasa dari tarikh tangkapannya, 12 Mei lalu.

“Seandainya tidak ada keluarga yang membantu menyelamatkan mangsa ketika itu, mungkin akan menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk lagi,” katanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nabilah Nizam.
SH

No comments:

Post a Comment