Search This Blog

Tuesday, May 17, 2011

Buruh mengaku curi tabung masjid




KUALA TERENGGANU- Pengakuan bersalah seorang buruh mencuri duit tabung masjid Kampung Lingai Baru Rakit sejumlah RM20 pada 13 Mei lalu sedikit sebanyak membuktikan akhlak masyarakat hari ini sudah jauh terpesong.

Tertuduh, Mohd Syafiq Mohd Zain, 31, dari 313 Felda Chalok Barat, Bandar Permaisuri yang sanggup melakukan kerja terkutuk di rumah ibadat itu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Selepas mendengar pengakuan bersalah tertuduh, Hakim Nor Azizah Yusof menjatuhkan hukuman penjara selama tiga bulan bermula tarikh ditangkap iaitu 13 Mei lalu.

Pada masa sama, hakim turut menasihatkan kepada tertuduh agar kembali ke pangkal jalan dan tidak mengulangi kesala-han itu.

Sebelum itu, tertuduh yang masih bujang merayu agar mahkamah meringankan hukuman kerana mengaku sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Mengikut fakta kes, pada 13 Mei lalu, tertuduh mencuri dua keping not RM10 dalam tabung yang diletakkan dalam Masjid Kampung Lingai, Batu Rakit sewaktu jemaah beredar meninggalkan masjid selepas selesai mengerjakan solat Zuhur.

Walau bagaimanapun, tertuduh berjaya ditangkap oleh jemaah masjid berkenaan sebelum diserahkan kepada polis jam 1.40 petang.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Polis, Inspektor Miky Dustan Anak Muda.
SH

No comments:

Post a Comment