Search This Blog

Monday, May 9, 2011

Bimbang anak jatuh Sungai Perak



ANGGOTA Jabatan Pertahanan Awam melancarkan gerakan mencari Mohd. Azfar di Sungai Perak dekat Kampung Jawang, Sungai Siput semalam.


SUNGAI SIPUT – Sambutan Hari Ibu yang diraikan semalam merupakan yang paling getir buat bekas model, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 34, apabila anak sulungnya tiba-tiba hilang dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Perak berhampiran Kampung Jawang, Karai dekat sini kelmarin.
Anak Kartika iaitu Mohd. Azfar Mohamad Afandi, 9, yang merupakan golongan kelainan upaya (OKU) dikatakan hilang kira-kira 12 tengah hari ketika sedang bermain seorang diri di dalam sebuah bilik di Resort Lang Buana milik datuknya, Shukarnor Abdul Mutalib, 62.
“Luluh hati saya memikirkan kehilangan Mohd. Azfar. Saya cuba kuatkan diri dengan tak putus-putus membaca surah Yasin dan mendirikan solat hajat agar dia segera ditemui.
“Saya bersedia untuk terima semua kemungkinan namun naluri keibuan saya kuat mengatakan anak sulung saya masih selamat,” katanya dengan nada tersekat-sekat menahan kesedihan ketika ditemui di Resort Lang Buana, Kampung Jawang, Karai dekat sini semalam.
Bekas suami Kartika, Mohamad Afandi Amir, 39, sampai ke resort tersebut dari Singapura kira-kira pukul 12.30 malam semalam setelah dimaklumkan berita kehilangan anaknya. Kartika mempunyai dua orang anak iaitu Mohd. Azfar dan Wann Kaitlynn Kartika, 6
kosmo

No comments:

Post a Comment