Search This Blog

Tuesday, May 17, 2011

Bil elektrik cecah RM35,410




PETALING JAYA – Seorang pemilik premis perniagaan warga emas, Chong Tai, 81, terkejut apabila diminta membayar RM35,410.32 selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendapati terdapat pengusikkan pada jangka meter premisnya.

Saudara pemilik premis terbabit, Chong Lai Ping, 38, berkata, beberapa pegawai TNB datang ke premis itu yang terletak di Pandan Perdana pada 28 September 2010 untuk membuat pemeriksaan meter secara mengejut.

Menurutnya, tindakan kakitangan TNB mencabut meter lama dan mengganti dengan meter yang baru.

“Perkara ini diberitahu selepas dua bulan meter lama diambil melalui satu surat dikeluarkan TNB meminta menjelaskan bayaran RM35,410.32 untuk tempoh penggunaan September 2005 hingga Disember 2010,” katanya.

Menurutnya, pada Mac 2011 satu perbincangan dibuat bersama TNB dan mereka menafikan tuduhan yang dibuat menyebabkan kes ini dibawa ke mahkamah.

“Pada 26 Mac lalu saya terima surat daripada TNB supaya menjelaskan bayaran dalam tempoh 24 jam namun saya gagal bayar menyebabkan pihak TNB datang pada 27 Mac untuk memotong bekalan elektrik menyebabkan saya terpaksa meminta bantuan polis,” katanya.

Seorang lagi pelanggan TNB, Wong Kam Mooi 42 dari Kampung Cempaka, Petaling Jaya berkata, dia terkejut apabila diminta membayar caj penggunaan elektrik sebanyak RM3.413.97.

“Saya hanya tinggal di rumah biasa yang mempunyai tiga bilik, tiada alat penghawa dingin dan bil bulanan RM60 hingga RM70 sahaja, namun saya diberitahu meter rumah telah diubahsuai dan saya perlu membayar jumlah kerugian dicatatkan TNB,” katanya.

Pengerusi Biro Aduan MCA, Datuk Theng Book yang menghubungi TNB memberitahu pemotongan elektrik tidak akan berlaku sehingga sesi perbincangan dibuat bersama mereka terlibat.

Menurutnya, perkara itu juga akan dibawa kepada Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui untuk tindakan.

Dalam pada itu, berhubung dengan masalah terbabit, jurucakap TNB ketika dihubungi berkata, pasukan khas telah membuat semakan dan lazimnya tindakan diambil berdasarkan kepada bukti yang diperoleh, bagaimanapun perkara itu masih dibincangkan dan pengguna diminta menghubungi Pejabat TNB untuk diaturkan satu perbincangan.
SH

No comments:

Post a Comment