Search This Blog

Monday, May 9, 2011

Anak Kartika hilang ketika tonton TV

Foto
PASUKAN bomba dan penyelamat menyusuri Sungai Perak menjejaki Muhammad Azfar, semalam.
Foto

Ibu selalu mimpi aneh sejak dua minggu

SUNGAI SIPUT: Sambutan Hari Ibu semalam disambut dengan air mata kegembiraan oleh kebanyakan ibu, namun Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, menyambutnya dengan tangisan keresahan selepas anak sulungnya berusia sembilan tahun yang hilang sejak tengah hari kelmarin.
Malah, Kartika Sari Dewi yang pernah mencetuskan kontroversi kerana mahu disebat selepas terlanjur meminum arak, tidak menyangka mimpi aneh dialaminya sejak dua minggu lalu petanda sesuatu menimpa Muhammad Azfar Muhammad Affandi.
“Sejak dua minggu lalu, saya sering bermimpi ular... ular berwarna putih dan bercahaya. Malah, ular itu turut membelit anak saya sebelum menariknya ke dalam lubang,” katanya ketika ditemui di inap desa milik keluarganya di Kampung Jawang di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin, Muhammad Azfar yang mengalami masalah pertuturan dan kecacatan akal dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya ketika menonton televisyen di inap desa itu.

Kartika Sari Dewi berkata, beliau berada di inap desa itu sejak sebulan lalu bagi menguruskan usaha membangunkan kawasan berkenaan.

Beliau bagaimanapun yakin anaknya dapat ditemui dengan selamat sekiranya ditakdirkan dia hilang di kawasan hutan berhampiran.
“Saya percaya dia tidak terjatuh dalam sungai kerana sepanjang berada di inap desa ini sejak kecil, dia tidak berani untuk pergi ke sungai itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim, berkata operasi mencari dan menyelamat disambung pagi semalam selepas usaha mencari kanak-kanak itu sejak petang kelmarin tidak berhasil.

Beliau berkata, operasi yang disertai 113 orang termasuk penduduk kampung dihentikan kira-kira jam 3 pagi semalam di mana skop pencarian diperluas di kawasan hutan kecil dan belukar tebal di sekitar inap desa berkenaan.
bharian

No comments:

Post a Comment