Search This Blog

Wednesday, April 20, 2011

Polis ditikam ketika tangkap penjenayah


SANDAKAN - Seorang anggota polis cedera parah akibat ditikam dengan pisau ketika menangkap seorang lelaki dipercayai penagih dadah di Kampung Sentosa Jaya Batu 3 dekat sini semalam.

Anggota polis berkenaan Konstabel Muhammad Hida Syaffiq Bin Aziz, 20, terkena tikaman di belakang badan dan punggung ketika bergelut untuk menangkap suspek itu dalam kejadian kira-kira 12.45 tengah malam.
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata, dalam kejadian itu, seorang lagi anggota polis Lans Koperal Hadi Hassan, 31, turut mengalami luka di tapak tangan kirinya ketika membantu menangkap lelaki berkenaan.
Muhammad Hida yang dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi dan dilaporkan dalam keadaan stabil, manakala Hadi hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar, katanya di sini hari ini. - Bernama, kosmo

No comments:

Post a Comment