Search This Blog

Wednesday, April 20, 2011

Miliki dadah 8.5 gram



IPOH - Seorang lelaki tidak mengaku salah di Mahkamah Majistret semalam atas dua tuduhan memiliki dadah.

NS Parthipan, 38 didakwa melakukan kesalahan berkenaan sekitar 1.30 tengah hari, 5 April lalu di sebuah rumah di Tambun , Ipoh.

Ketika ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, menemui dadah jenis syabu seberat 8.5 gram bersama, Parthipan.

Jika sabit kesalahan, Parthipan berdepan hukuman dua tahun penjara dan tidak lebih lima tahun atau boleh disebat sekurang-kurangnya tiga sebatan atau tidak lebih sembilan sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, Parthipan juga didakwa memiliki dadah jenis Cannabis seberat 10.8 gram di lokasi dan tarikh yang sama.

Dia berdepan denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Majistret Intan Nurul Fareena, mengenakan wang jaminan sebanyak RM5,000 dan menetapkan 25 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

No comments:

Post a Comment