Search This Blog

Wednesday, April 20, 2011

Lelaki OKU mati rentung dalam kebakaran di Seremban



SEREMBAN - Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) mati rentung dalam kebakaran di sebuah rumah papan di Kampung Baru Ulu Temiang di sini petang ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Zakaria Amat berkata mangsa yang berusia sekitar 40-an dipercayai terperangkap di dalam sebuah bilik dalam kebakaran kira-kira 3.30 petang itu.
"Semasa kejadian, mangsa dikatakan berada bersama dengan pemilik rumah itu Low Saw Chan yang berusia 76 tahun. Low turut cedera di kaki dan mukanya bagaimanapun dapat diselamatkan oleh orang ramai," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
"Setelah api dapat dipadamkan sepenuhnya, kita dapati mayat seorang lelaki rentung. Mayat kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar," kata Zakaria.
Anak Low, Tan Kong Meng, 55, yang tinggal di Taman Sri Pulai berkata dia bergegas ke rumah keluarganya itu apabila mendapat tahu tentang kebakaran tersebut dan mendapati rumah itu telah musnah terbakar.
"Saya bagaimanapun bersyukur kerana ibu saya selamat," katanya.
Tan berkata OKU itu tinggal dengan ibunya sejak setahun lepas tetapi lelaki itu tidak mempunyai hubungan keluarga dengan mereka. - Bernama

No comments:

Post a Comment