Search This Blog

Wednesday, April 20, 2011

Isteri kedua syak isteri pertama bunuh anak


SUNGAI PETANI: Isteri kedua seorang peniaga membuat laporan polis selepas mendakwa anak lelakinya mati dipercayai didera oleh isteri pertama suaminya.
Wanita berumur 22 tahun itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini malam tadi dan mendakwa anaknya didera di rumah madunya itu di sini.

Menurut wanita itu, anaknya yang berumur 18 bulan itu meninggal dunia di sebuah hospital swasta selepas dikatakan terjatuh dari katil dua tingkat pada 11 pagi semalam tetapi dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan hanya lima jam kemudian.

Beliau memberitahu pemberita di sini bahawa anaknya itu dibawa tinggal bersama keluarga suaminya kerana mereka tidak mempunyai anak lelaki.

"Saya terkejut apabila dihubungi keluarga suami memberitahu bahawa anak saya meninggal dunia kerana sesak nafas selepas terjatuh katil," kata wanita itu.-kosmo

No comments:

Post a Comment