Search This Blog

Wednesday, April 20, 2011

Dua lori tersangkut di laut



MERSING - Kedengaran agak pelik tetapi itulah yang berlaku apabila dua buah lori tersangkut di laut, dalam kejadian yang berlaku di pantai Tanjung Genting, di sini.

Menurut pemandu lori berkenaan, Mohd Helmi Shahri, 25, ketika kejadian kira-kira jam 2 petang itu, dia bersama rakannya Norazrin Darin, 28, dari Felda Kahang Barat dalam perjalanan ke Endau untuk menghantar barangan kilang

Dalam perjalanan, mereka berhenti rehat sebentar di tepi pantai Tanjung Genting itu sambil melihat keadaan persekitaran.

"Saya melihat di tengah laut ada sebuah motor dan saya menyangka tempat tu boleh pergi.

"Entah bagaimana, bila saya tersedar, lori yang dipandu tiba-tiba tersangkut di tengah laut dan telah dinaiki air,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menyedari situasi itu, dia bersama rakannya menyelamatkan diri dan meminta pertolongan daripada salah seorang pemandu lori ais, Abdul Kadil Othman, 25, yang kebetulan melalui kawasan itu.

Abdul Kadil cuba menghulurkan :bantuan namun gagal.

"Usaha untuk menarik lori yang tersangkut itu gagal kerana waktu itu air laut semakin pasang.

“Lumpur di kawasan itu melekat pada tayar sehingga menyebabkan tayar licin dan lori tidak boleh bergerak. Akhirnya lori saya juga turut terkandas," kata Abdul Kadil.

No comments:

Post a Comment