Search This Blog

Wednesday, April 20, 2011

Dua bot nelayan Vietnam ditahan di perairan Miri


MIRI: Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot nelayan Vetnam semalam dan merampas hampir 20 tan hasil laut yang dipercayai ditangkap secara haram di perairan Malaysia kira-kira 110 batu nautika dari sini. 


Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Miri, Komander Maritim, Syed Nor Adli Syed Abdul Rahman berkata, seramai 18 orang nelayan berumur antara 18 hingga 60 tahun turut ditahan di atas bot-bot berkenaan.
"Kita sekarang dalam proses untuk mendapatkan perintah mahkamah untuk menahan reman mereka bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985," katanya.
Beliau berkata, bot-bot itu dikesan antara jam 1.30 pagi dan 2.10 pagi berdekatan Beting Raja Jarum di barat daya perairan Miri oleh kapal peronda APMM, KM Setapa yang di ketuai Leftenan Maritim Mohamad Othman. 

"Pemeriksaan ke atas bot-bot berkenaan mendapati nelayan-nelayan itu menggunakan kaedah pancingan rawai untuk menjalankan kegiatan haram mereka," katanya. - BERNAMA, bharian 

No comments:

Post a Comment