Search This Blog

Wednesday, April 20, 2011

Detik cemas rumah dihempap tiang besi akibat angin kencang



Beginilah tiang besi perancah yang menghempap rumah pesara guru di Perumahan Taman Guru, Pintu Geng, Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 19 April - Sepasang suami isteri warga emas mengalami detik cemas apabila rumah mereka dihempap tiang besi dalam kejadian angin kencang di Perumahan Taman Guru, Pintu Geng di sini petang semalam.
Dalam kejadian pukul 5.40 petang itu, tiang besi perancah setinggi 20 meter menghempap bumbung rumah pasangan tersebut menyebabkan mereka kerugian kira-kira RM20,000.
Mangsa yang juga pesara guru, Mahmud Ali, 68, berkata, ketika kejadian dia sedang bersiap untuk ke kedai berhampiran.
"Saya dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat disusuli dengan debu simen berterbangan di segenap ruangan rumah. Terkejut dengan bunyi itu, saya terus berlari ke arah bilik yang terletak bersebelahan dengan ruang tamu rumah untuk melihat apa yang berlaku," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.
Tambahnya, sebaik sahaja memasuki bilik berkenaan dia mendapati hampir 10 batang besi perancah yang digunakan untuk kerja-kerja merobohkan tangki air rumah bersebelahan runtuh dan menimpa bumbung rumahnya.
"Pada petang itu, hanya saya dan isteri Sabariah Jusoh, 64, berada di rumah manakala anak-anak keluar bekerja. Mujur tiada orang dalam bilik berkenaan, jika tidak ia mungkin boleh meragut nyawa," katanya.-utusan

No comments:

Post a Comment