Search This Blog

Wednesday, April 13, 2011

Bomoh hadapi tuduhan rogol empat pesakit



MESWAN menghadapi lima tuduhan merogol empat wanita di Mahkamah Sesyen Klang semalam.


KLANG – Seorang bomoh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas lima tuduhan merogol empat wanita termasuk dua remaja semasa merawat mangsa sejak tahun 2008.
Meswan Tujut, 42, membuat pengakuan itu selepas kelima-lima pertuduhan dibacakan dalam dua perbicaraan berasingan di mahkamah tersebut semalam.
Di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman, tertuduh didakwa merogol seorang remaja berumur 15 tahun di sebuah rumah di Sungai Udang, Klang di antara pukul 1 petang hingga 3 petang pada April 2008.
Meswan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Di mahkamah yang sama, Meswan juga didakwa merogol seorang wanita berumur 22 tahun sebanyak dua kali dalam sebuah rumah di Sungai Nibong, Sekinchan pada pukul 8.10 malam, 8 dan 15 Mac lalu.

No comments:

Post a Comment