Search This Blog

Wednesday, April 20, 2011

Abang maut, adik parah



KUANTAN - Tindakan pemandu sebuah kereta membuat pusingan U secara tiba-tiba mengundang padah kepada penunggang dan pembonceng sebuah motosikal apabila salah seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 9, Jalan Jerantut-Temerloh dekat Kampung Paya Mengkuang, Temerloh, pagi kelmarin.

Dalam nahas kira-kira jam 7.10 pagi itu, penunggang dan pembonceng yang dipercayai adik beradik itu mengalami kecederaan parah.

:Penunggang, Muhammad Faiz Jamaluddin, 17 dari Taman Temerloh Jaya, Temerloh yang mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian manakala adiknya, Mohamad Zaki Jamaluddin, 14 cedera parah.

Pegawai Turus Trafik Negeri, Deputi Superintendan Mohd Najid Jusoh berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh untuk bedah siasat manakala adiknya menerima rawatan di hospital sama.

Menurutnya, dua beradik itu dikatakan dari arah Jerantut menghala ke Temerloh dipercayai untuk ke sekolah.

“Ketika tiba di lokasi kemalangan, sebuah kereta jenis Produa Myvi yang berhenti di bahu jalan sebelah kiri arah sama tiba-tiba membuat pusingan U menghala kembali ke Jerantut.

“Penunggang motosikal gagal mengelak ekoran jarak yang terlalu dekat lalu berlaku pelanggaran menyebabkan mereka berdua tercampak ke atas jalan,” katanya di sini, semalam.

Mohd Najid berkata, punca kemalangan dipercayai akibat kecuaian pemandu kereta yang membuat pusingan U secara tergesa-gesa.

"Bagaimanapun punca sebenar masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

No comments:

Post a Comment