Search This Blog

Wednesday, April 13, 2011

2 penyamun ceroboh kilang diberkas



MOHD MOKHTAR menunjukkan senjata yang digunakan kumpulan penyamun  untuk memecah masuk kilang pada sidang media di Johor Bahru, semalam.
MOHD MOKHTAR menunjukkan senjata yang digunakan kumpulan penyamun untuk memecah masuk kilang pada sidang media di Johor Bahru, semalam.
JOHOR BAHRU: Dua penyamun yang merempuh tiga motosikal anggota polis ketika cuba melarikan diri selepas menceroboh sebuah kilang dekat Plentong di sini, ditahan selepas tayar kereta yang digunakan mereka terkena tembakan amaran, dalam kejadian kelmarin. 

Dalam kejadian jam 4.15 pagi di Jalan Plentong 8 itu, dua suspek terbabit bertindak mengundur kereta dengan laju sebelum merempuh tiga motosikal anggota polis yang membuat pemeriksaan berhubung maklumat pecah masuk yang diterima.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, berikutan ancaman suspek, anggota polis terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah tayar kereta terbabit menyebabkan ia terbabas dan berhenti di tempat kejadian, membolehkan kedua-duanya ditahan.
“Bagaimanapun, lapan lagi rakan penjenayah itu melarikan diri dengan kenderaan lain yang digunakan untuk pergi ke kilang berkenaan dan usaha sedang dibuat bagi mengesan ahli kumpulan itu yang dipercayai terbabit dalam banyak kes samun sekitar negeri ini. 

“Kumpulan dianggotai ahli berusia antara 20 hingga 47 tahun dipercayai menjadikan kilang sekitar kawasan perindustrian terbabit sebagai sasaran jenayah mereka dengan menyamun barangan berharga,” katanya. 

No comments:

Post a Comment