Search This Blog

Wednesday, April 13, 2011

2 maut motosikal bertembung

KUALA TERENGGANU 12 April - Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru pulang daripada menghadiri kelas tuisyen merupakan antara dua yang maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah motosikal lain di Jalan Kampung Padang Nenas, Batu Rakit di sini malam semalam.
Dalam kejadian pukul 10.40 malam itu, mangsa yang maut ialah Muhammad Arieff Hamzah@Alias, 17, dan Mohd. Azmizi Aziz, 24.
Kejadian dikatakan berlaku apabila Mohd. Azmizi secara tiba-tiba keluar dari sebuah stesen minyak berhampiran mengakibatkan Muhammad Arief yang dalam perjalanan pulang dari Wakaf Tengah ke rumahnya di Kampung Darat Batu Rakit, gagal mengelak lalu bertembung.
Pertembungan itu, menyebabkan kedua-duanya tercampak ke atas jalan dan parah di beberapa bahagian badan lalu mati di tempat kejadian.
Dalam pada itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zambri Shamsuddin ketika dihubungi di sini hari ini berkata, kedua-dua mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.
Sementara itu, abang sulung Muhammad Arieff, Anuar Hamzah@ Alias, 41, ketika ditemui semalam tidak berpuas hati apabila kakitangan hospital lambat menguruskan mayat adiknya.
"Saya sedih mayat adik terpaksa dibiarkan di atas kerusi ruang menunggu unit forensik selama 15 minit kerana ketiadaan petugas ketika itu," katanya.

No comments:

Post a Comment