Search This Blog

Sunday, March 20, 2011

Simpang maut ragut empat nyawa



BATU PAHAT – Dua maut dalam kemalangan ngeri membabitkan empat kenderaan di kilometer 14.5 Jalan Yong Peng Muar yang digelar penduduk tempatan sebagai 'persimpangan maut Sri Medan'.

Kemalangan terbabit berlaku jam 10 pagi semalam juga mengakibatkan kesesakan lalu lintas di kedua-dua arah Muar dan juga Yong Peng sehingga dua kilometer.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Adnan Azizon berkata, kedua-dua mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu lori, Mohammad Syukri Musa, 39, dari Taman Tasik Jaya, Seremban dan pemandu kereta jenis Toyota, Selamat Maskor, 44, dari Kampung Sri Maamor, Tangkak.

Katanya, dalam kejadian berkenaan, treler dari Yong Peng dikatakan melanggar sebuah lori di hadapannya yang berhenti untuk memasuki simpang ke Sri Medan.

“Pelanggaran tersebut menyebabkan lori itu ‘melintang’ jalan. Seterusnya sebuah lori lain dan kereta jenis Toyota dipandu korban tragedi dari arah Muar, gagal mengelak lori tersebut.

“Selain itu, kedua-dua mangsa yang cedera iaitu pemandu treler dan sebuah lagi lori tiga tan dibawa ke Hospital Batu Pahat untuk rawatan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Adnan berkata, beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika menggunakan jalan raya terutamanya apabila berada di persimpangan jalan selain memberikan isyarat awal sebelum memasuki simpang.

Katanya, pemandu di bahagian belakang juga perlu peka dengan kenderaan di hadapannya serta menjaga jarak mereka dengan kenderaan di hadapan dengan jarak yang selamat.

1 comment:

  1. Kerajaan negeri atau daerah sepatutnya dah lama buat traffic light kat situ...dah ramai yang mati kat simpang tu...tolonglah peka dan amik berat sikit..kerajaan negeri jangan kira orang mati je kat simpang tu...jangan masa NAK MENGUNDI BARU TERHEGEH HEGEH NAK BUAT TRAFFIC LIGHT!!!! JKR JANGAN BAGI ALASAN BODOH SEBAB TRAFFIC TAK BUAT SEBAB DEKAT SANGAT DGN TRAFFIC LIGHT LAIN!!!..kalo ikutkan nyawa lagi penting!! dalam bandar pun traffic light lagi banyak...duit rakyat yang ada gunakan la dengan sebaik mungkin!! nak buat traffic light pun nak berkira ker!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete