Search This Blog

Thursday, March 31, 2011

Penyamun larikan baja bernilai RM48,000



KUANTAN 30 Mac - Dua lelaki melarikan sejumlah 472 kampit baja seberat 23 tan bernilai RM48,000 dari sebuah lori kelapa sawit di Jalan Pekeliling, Mentakab awal pagi semalam.
Dalam kejadian pukul 1 pagi, pemandu lori berusia 44 tahun dari Temerloh itu dikatakan memberhentikan lorinya sebelum didatangi kedua-dua suspek yang bertindak mengikat tangannya dan menekup mukanya dengan guni.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Bahagian Siasatan dan Perundangan) negeri, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari rumahnya menuju Kuala Medang, Kuala Lipis.
"Mangsa dalam perjalanan menghantar bekalan baja tersebut ke Felcra Kuala Medang.
"Pemandu lori itu turut ditolak dan dimasukkan ke dalam sebuah kereta yang dinaiki suspek," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.
Mohd. Haris memberitahu, beberapa jam kemudian, mangsa ditarik dan dihumban semula ke dalam lorinya di hadapan sebuah stesen minyak di Kampung Mencupu dekat Paloh Hinai, Pekan.
"Mangsa ditemui kira-kira pukul 11.15 pagi dalam keadaan tangan terikat dan muka ditutup di dalam kenderaannya oleh orang awam.
"Bagaimanapun, mangsa tidak cedera namun semua bekalan baja kelapa sawit yang sepatutnya dihantar ke Kuala Medah lesap," katanya.
Tambah Mohd. Haris, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Mentakab dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment