Search This Blog

Thursday, March 3, 2011

Pemuda bunuh amah hamil ditahan

myMetro


RIYADH: Seorang pemuda berusia awal 20-an disyaki membunuh seorang pembantu rumah di daerah Dawadmi kira-kira 340 kilometer dari bandar ini.

Menurut polis Riyadh, suspek yang dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan wanita itu kini ditahan reman. Mangsa adalah pembantu rumah yang bekerja di kediaman saudara suspek Polis berkata, majikan mangsa mengadu kepada suspek yang wanita itu tidak melakukan tugas hariannya dengan baik sejak dia meminta supaya dihantar pulang.


Suspek berjanji kepada saudaranya dia akan berbincang mengenai hal itu kepada mangsa sebelum membawa wanita itu menaiki keretanya.

Ketika berada dalam kereta mangsa dipercayai memberitahu suspek dia hamil.


Suspek kemudian membawa mangsa ke kawasan padang pasir berhampiran sebelum mencekiknya.


“Suspek juga cuba menghapuskan bukti dengan membakar mayat mangsa tetapi gagal,” kata kenyataan dikeluarkan pihak polis. Polis turut menemui sebahagian mayat yang terbakar di kawasan padang pasir berkenaan. - AN"

No comments:

Post a Comment