Search This Blog

Thursday, March 31, 2011

Pemandu lori diculik di China?



KUALA LUMPUR 30 Mac - Sejak tiba di China pada 5 Mac lalu, seorang pemandu lori tidak pernah lupa menghubungi keluarga di tanah air untuk bertanya khabar berita.
Kebiasaan itu bagaimanapun tidak lagi dilakukan oleh Chew Aik Sim, 34, selepas 17 Mac lalu, malah dia juga gagal dihubungi keluarganya di Malaysia
Kehilangan Aik Sim itu akhirnya terjawab pada Jumaat lalu apabila keluarganya menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki tidak dikenali meminta wang tebusan RM100,000 kerana mendakwa sudah menculik pemandu lori tersebut.
Ketua Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, Aik Sim merupakan anak kedua daripada empat beradik berkunjung ke China sejak 5 Mac lalu kerana mempunyai urusan perniagaan di negara berkenaan.
Beliau berkata, kira-kira pukul 2.30 petang pada 25 Mac lalu, keluarganya menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa dirinya Aik Sim meminta pertolongan.
"Lelaki terbabit bercakap dalam keadaan lemah menyebabkan keluarganya tidak dapat mengenal pasti adalah benar orang yang membuat panggilan itu adalah Aik Sim," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini, hari ini.
Menurut Michael, belum sempat keluarganya bertanya lanjut, mereka dapati telefon telah dirampas oleh seorang individu tidak dikenali memaklumkan sudah menculik Aik Sim dan meminta membayar wang tebusan RM100,000 jika tidak mahu pemuda itu dicederakan.
Sementara itu, adik perempuan mangsa, Chew Siam Yean, 29, berkata, panggilan diterima itu cukup membimbangkan keluarganya dan mereka mengambil keputusan melaporkan penculikan abangnya itu di Balai Polis Bukit Mertajam pada Ahad lalu.
"Kami mengambil keputusan melaporkan kejadian itu kepada polis serta Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA untuk meminta bantuan serta nasihat bagi mencari jalan menyelamatkan abang saya," ujarnya.

No comments:

Post a Comment