Search This Blog

Thursday, March 3, 2011

Pelajar UITM terkorban dalam kemalangan di Perlis

myMetro


KANGAR: Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Arau maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas dan melanggar penghadang jalan di Jalan Arau-Kodiang, dekat sini malam tadi.

Mayat penuntut Tahun Tiga jurusan Sains Komputer, Umi Kalsom Abdul Majid, 24, ditemui orang ramai pada pukul 7.30 pagi ini sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah untuk bedah siasat.


Ketua Jabatan Ketenteraman Awam (KJKA), Perlis DSP Ibrahim Idris berkata kemalangan itu dipercayai berlaku pada pukul 11 malam tadi ketika penuntut terbabit dalam perjalanan dari Jitra, Kedah ke Arau.

Beliau berkata Umi Kalsom yang berasal dari Mersing, Johor itu bersama tiga rakannya menunggang motosikal ke Jitra dan mangsa pulang seorang diri ke Arau.


'Rakan mangsa membuat laporan polis di balai polis Jitra mengenai kehilangan Umi Kalsom pada pukul 3 pagi setelah mangsa tidak menjawab panggilan telefon,' katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. - Bernama"

No comments:

Post a Comment