Search This Blog

Thursday, March 31, 2011

Nur Syaukina dua kali berpindah kerana banjir



Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail beramah mesra dengan Nur Syaukina Asyikin Muhamad Sukri yang didukung oleh Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid di Kangar, semalam.


KANGAR 30 Mac - Jika Nur Syaukina Ashikin Muhammad Sukri yang berusia lima bulan sudah boleh bertutur pasti dia mengeluh kerana sudah dua kali dia dipindahkan ke pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Behor Empiang di sini dalam tempoh lima bulan.
Kali pertama dia dipindahkan bersama ibunya, Maisarah Ismail, 39, ialah ketika banjir besar pada November tahun lalu iaitu ketika dia berusia 10 hari.
Hari ini, Nur Syaukina dan ibunya yang menetap Taman Bukit Kayangan, Abi terpaksa meredah banjir bersama-sama dua kakaknya Nur Shafina, 11 dan Nuraini Syazina, 8 serta abangnya Muhamad Syamil, 5, pada pukul 3 pagi ke Masjid Behor Empiang yang kira-kira satu kilometer dari rumah mereka.
Maisarah yang juga guru di sekolah berkenaan membawa keempat-empat anaknya berseorangan kerana suaminya Muhammad Sukri kakitangan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Ipoh, Perak dalam perjalanan pulang ke rumahnya di sini.
Bagaimanapun kata beliau, mereka sekeluarga dipindahkan ke SK Behor Empiang pada pukul 8 pagi berikutan keadaan banjir semakin buruk.
"Namun begitu saya bersyukur suami dapat bersama-sama kami di pusat pemindahan ini sebaik sahaja tiba pagi ini," katanya.

No comments:

Post a Comment