Search This Blog

Thursday, March 31, 2011

Mangsa banjir di Perlis yang dipindahkan terus meningkat



KANGAR - Walaupun paras air di beberapa kawasan yang dilanda banjir di Perlis sudah mulai surut, namun jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat berbanding semalam.

Jurucakap bilik gerakan banjir Perlis berkata, ketika ini jumlah mangsa banjir menjadi 3,062 daripada 759 keluarga berada di 33 pusat pemindahan di kawasan Kangar, Padang Besar dan Arau, berbanding 2,998 orang lewat malam tadi.

Paras air di bahagian utara Perlis ketika ini didapati surut sedikit berbanding semalam.

Di bandar Kangar, air mulai naik malam tadi mengakibatkan banyak kedai ditutup, dan sehingga kini 28 batang jalan dinaiki air, namun kebanyakannya masih boleh dilalui semua kenderaan.

No comments:

Post a Comment