Search This Blog

Thursday, March 3, 2011

Lelaki Iran, rakan didakwa edar syabu

KUALA LUMPUR: Seorang jurujual lelaki warga Iran dan rakannya, wanita warga Maldova dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mengedar methaphetamine (syabu) seberat 6,024 gram, dua minggu lalu.
Tiada pengakuan direkodkan terhadap pertuduhan yang dibacakan kepada Mohammed Hossein Mahdarikhah, 37, dan Gotka Manani Mihailovna, 27, di hadapan Majistret Siti Shakirah Mohtarudin.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan seorang jurubahasa bertauliah dilantik pada tarikh sebutan akan datang selepas Mohammed gagal memahami pertuduhan yang dibaca dalam bahasa Inggeris.

Mengikut pertuduhan mereka didakwa bersama-sama mengedar syabu seberat 6,024 gram di bilik nombor 501, Hotel Maya, Jalan Ampang di sini, pada jam 3.20 pagi, 18 Februari 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Abu Hassan Ramli manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mahkamah kemudian menetapkan 2 Mei depan untuk sebutan semula kes untuk melantik jurubahasa dan laporan air kencing kedua-dua tertuduh.myMetro

No comments:

Post a Comment